Deposit sebanyak RM999 diperlukan untuk mengesahkan tempat anda selepas permohonan diluluskan. Deposit ini adalah TIDAK BOLEH DIKEMBALIKAN dalam bentuk tunai, dalam apa jua keadaan. Namun, jika anda membatalkan sebelum atau pada 3 Ogos 2026, deposit anda boleh:
3 Ogos 2026 ialah tarikh kunci event — selepas tarikh ini, headcount, venue, makanan, bahan dan logistik dimuktamadkan berdasarkan seat yang disahkan.
Tempat anda boleh dipindahkan kepada individu lain dengan syarat:
Sekiranya TBA terpaksa membatalkan event atas sebab luar kawalan: bayaran penuh termasuk deposit akan dikembalikan dalam 14 hari bekerja, atau peserta boleh memindahkan pembayaran ke sesi akan datang. TBA tidak bertanggungjawab terhadap kerugian sampingan seperti kos perjalanan atau penginapan yang telah ditempah.
TBA Retreat 1.0 adalah ruang ilmu eksklusif berasaskan nilai Islam. Kehadiran anda adalah tanda persetujuan terhadap semua peraturan berikut.
Dengan menghadiri event ini, anda mengisytiharkan bahawa anda berada dalam keadaan sihat, tiada gejala penyakit berjangkit pada hari event, dan akan memaklumkan pasukan TBA dengan segera jika tidak sihat sebelum event. Anda bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kesihatan diri sepanjang event.
TBA mungkin merakam sesi untuk dokumentasi dan pemasaran. Anda mungkin muncul dalam foto/video, dan TBA berhak menggunakan bahan ini untuk promosi tanpa pampasan tambahan.
Akhawat berhak opt-out sepenuhnya daripada semua rakaman dan foto. Pilihan ini mesti dinyatakan semasa pendaftaran atau melalui emel sebelum hari event. Tag khas diberikan pada hari event untuk makluman pasukan media.
Anda hadir atas risiko peribadi anda sendiri. TBA tidak bertanggungjawab terhadap kecederaan, kehilangan harta benda, atau kemalangan sepanjang event kecuali disebabkan kecuaian langsung penganjur.
Semua perkongsian, strategi perniagaan, dan maklumat peribadi peserta lain adalah SULIT. Anda tidak dibenarkan berkongsi maklumat ini di platform awam tanpa kebenaran bertulis. Kandungan eksklusif fasilitator adalah untuk kegunaan peribadi anda sahaja.
TBA berhak membuat perubahan terhadap jadual, fasilitator, atau aktiviti tanpa notis awal sekiranya diperlukan, demi kepentingan semua pihak.
Retreat 1.0 dilindungi jaminan wang dikembalikan 100%, tertakluk kepada syarat berikut. Jaminan ini untuk founding batch Retreat 1.0 sahaja dan mungkin tidak ditawarkan untuk retreat akan datang.
Sebelum retreat, peserta mengisytiharkan bulan kalendar terbaik mereka (jumlah komisyen TikTok Shop) antara tiga bulan kalendar penuh sebelum retreat (Mei, Jun, Julai 2026), disahkan dengan screenshot dashboard komisyen. Baseline ini dikunci secara bertulis sebelum hari retreat dan tidak boleh dipinda selepas itu.
Peserta layak menuntut jaminan hanya jika KESEMUA syarat berikut dipenuhi: (a) hadir penuh kedua-dua hari retreat; (b) melengkapkan 30-Day Sprint dengan minimum 24 daripada 30 daily check-in dalam channel Squad; (c) post kandungan mengikut plan peribadi yang dibina semasa sesi hot-seat.
Jaminan dianggap tertunai apabila mana-mana tempoh 30 hari berturut-turut dalam masa 90 hari selepas retreat mencatat jumlah komisyen melebihi baseline peserta.
Peserta yang layak tetapi tidak memecahkan baseline boleh membuat tuntutan sebelum hari ke-100 selepas retreat melalui borang rasmi, disertakan screenshot dashboard. Bayaran balik penuh (100% yuran yang dibayar) diproses dalam 14 hari bekerja.
Bayaran balik penuh menutup pakej peserta. Bersama refund, perkara berikut ditarik balik: akses seumur hidup kepada rakaman retreat, keahlian Barakah Circle, Founding Member badge, priority invite untuk private event akan datang, dan founding price lock untuk retreat seterusnya. Peserta kekal sebagai student TBA seperti biasa.
Dengan membayar deposit, peserta mengesahkan telah membaca dan bersetuju dengan terma jaminan ini. Perjanjian bertulis akan ditandatangani selepas deposit diterima.
Akses penuh semua sesi Day 1 (9am–6pm) & Day 2 (9am–2pm) di RuMa, penginapan hotel satu malam (22 Ogos) di KL yang ditempah oleh TBA, private dinner bersama coaches pada malam Day 1, makan & minum sepanjang event, buku kerja peserta, bahan pembelajaran, akses komuniti eksklusif pasca-event, serta 30-Hari Sprint.
RM2,997 ialah harga khas (founding price) untuk pelajar semasa The Barakah Affiliate. RM4,997 ialah harga untuk peserta luar. Harga tetap dan tidak boleh dirunding.
Maksimum 25 peserta — kira-kira 20 pelajar TBA dan tidak lebih 5 peserta luar, supaya setiap orang dapat perhatian yang bermakna.
22–23 Ogos 2026. Semua sesi di RuMa Hotel, Kuala Lumpur. Penginapan hotel satu malam (22 Ogos) termasuk dan ditempah oleh TBA untuk semua peserta, di kawasan KL berdekatan venue — lokasi dikongsi dalam Briefing Pra-Event. Penginapan diasingkan sepenuhnya mengikut gender.
Selepas permohonan diluluskan, anda terima emel dengan arahan bayaran deposit RM999. Deposit mesti dibayar dalam 48 jam atau tempat dilepaskan kepada pemohon seterusnya.
Ya. Struktur: deposit RM999 (tidak dikembalikan) + baki secara ansuran mengikut jadual yang dipersetujui. Butiran ansuran dijelaskan dalam emel kelulusan.
Pindahan bank (transfer) dan FPX. Butiran akaun diberikan dalam emel kelulusan. Kami tidak menerima tunai.
Semua peserta menginap di hotel yang sama, berdekatan venue — pergerakan antara hotel dan venue diuruskan oleh TBA. Maklumat parking dikongsi dalam emel Briefing Pra-Event (7 hari sebelum event).
Semua makanan HALAL sepenuhnya — sarapan, makan tengah hari, minum petang, dan makan malam. Nyatakan alahan/keperluan pemakanan semasa mengisi borang permohonan.
Solat keutamaan. Sesi dijeda untuk Zuhur, Asar, Maghrib, dan Isyak. Ruang solat disediakan dan peserta digalakkan solat berjemaah.
Pakaian menutup aurat untuk 2 hari, peralatan solat, notebook & alat tulis, pengecas telefon, ubat-ubatan peribadi jika ada. Senarai penuh dikongsi dalam emel Briefing Pra-Event.